Thursday 21 June 2012

Hati Yang Terluka......:((


Salam buat kekasih hatiku...
Buat permulaan, izinkan aku menyusun sepuluh jari memohon maaf.
Tak terlintas bagi diriku utk meletakkan dirimu dalam keadaan serba salah.
Namun aku cuma insan biasa yg punya hati dan perasaan.
Ingin perhatian dan kasih sayang darimu seperti dahulu...

Lately ni, tak tahu kenapa perasaan sedih ini kerap mengunjungi ruang hati. Cuba untuk dibuang jauh2 dari lubuk hati, namun ianya semakin kemas tersimpan disanubari.

Mungkin kerana 
TERLALU SAYANG?
Mungkin kerana 
TERLALU MERINDU?
Mungkin kerana
KURANGNYA PERHATIAN DARIMU? 
atau
Mungkin kerana
TAKUT KEHILANGANMU?

Tahukah dikau...
Bagaimana perasaan hatiku?
Bagaimana hari2 yg ku lalui tanpamu?
Aku benar2 terasa kehilangan....
Bagaimana aku merindui masa2 lalu kita bersama?
Walau kuat aku menghadapinya..
Namun aku tewas.

Di luar, aku seperti biasa, tetapi di dalam hati, hanya Allah sahaja yg tahu.
Hanya airmata dan doa yg dpt menemani aku.
Setelah airmata yg gugur, aku mendapat sedikit ketenangan
Dan aku rasa bersyukur kerana masih dikurniakan perasaan menyayangimu yg semakin mendalam.
Sehingga kesaat ini, aku sebenarnya merindui masa-masa lalu kita. TERLALU...

No comments:

Post a Comment